Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menempelak beberapa pihak yang menuduh UMNO sebagai pemecah penyatuan ummah hanya kerana tidak mahu lagi bekerjasama dengan Bersatu.<br /><br />"Tidak perlu ajar UMNO mengenai penyatuan ummah kerana UMNO telah sekian lama menghulurkan tangan untuk penyatuan Melayu termasuk bersama Pas," katanya.<br /><br />Saksikan temubual eksklusif Sinar Harian dengan Tok Mat yang turut mengupas pelbagai isu lain daripada Pemilihan UMNO, pengagihan kerusi PRU15 dengan Pas dan siapa calon PM parti itu.